Syarikat Emas Syogeh Enterprise (ESE) adalah syarikat Bumiputera sepenuhnya. ESE hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar ESE (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama ESE untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.

Monday, August 15, 2011

PERBEZAAN TERMA MARHUN ANTARA BANK RAKYAT VS ARRAHNU XCHANGE.


Bank Rakyat adalah Bank koperasi yang turut menawarkan perkhidmatan ARRAHNU. Manakala arrahnuxchange adalah produk francais yang dijalankan oleh samada bank rakyat sendiri atau pun mana-mana koperasi persendirian.
Bank rakyat menawarkan pinjaman 70% daripada nilai marhun. arrahnu xchange yang diurus oleh koperasi persendirian hanya 65% daripada nilai marhun kecuali cawangan yang diurus sendiri oleh bank rakyat masih menawarkan pinjaman 70% daripada nilai marhun.
Pelanggan boleh bertanya sendiri dengan cawangan arrahnuxchange tersebut samada cawangan tersebut diurus bank rakyat atau koperasi persendirian.
Bagi panggadai yang membuat gadaian di bank rakyat dan arrahnuxchange yang diurus bank rakyat, rekod pinjaman penggadai disimpan di pengkalan data CRIS.
Penggadai yang membuat gadaian di arrahnuxchange yang diurus koperasi persendirian tiada rekod pinjaman di pengkalan data CRIS.
Penggadai emas bank rakyat dan arrahnu xchange yang dirus bank rakyatboleh membayar ansuran pinjaman melalui mesin ATM bank rakyat seluruh negara. Manakala penggadai emas arrahnu xchange perlu datang sendiri ke cawangan tersebut untuk membuat bayaran ansuran. (Walk-in).
Selamat melabur emas fizikal.

HARGA EMAS DI BANK RAKYAT & ARRAHNUXCHANGE



Salam emas buat semua. kini untuk mengetahui harga emas harian di bank rakyat/ arrahnu xchange anda boleh layari www.arrahnuxchange.com. Selamat melabur emas.

Friday, June 17, 2011

SEMINAR - PELABURAN EMAS SEBENAR & SOAL JAWAB GADAIAN.


Salam emas buat semua.

Seminar - Pelaburan Emas Sebenar & Soal jawab Gadaian.
Tarikh / Hari : 25hb Jun 2011 / Sabtu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Sulaiman, Muar. (Bersebelahan TNB MUAR).
Penganjur - Cikgu Zamzila.
Yuran penyertaan - Tiada (Percuma)
Sila bawa kertas, pen dan kalkulator.

Tempat Terhad. Hubungi 019-778 0903 untuk pengesahan penyertaan.

GOLD COIN KEPPEL


Salam emas buat semua.
Gold coin KEPPEL 24K. Ada 2 unit sedia untuk dijual. (20g & 30g)
Harga jualan RM 170/gram.
Ketulenan solid 24k. Ketumpatannya juga menepati gred emas 999. Sangat sesuai untuk simpanan/pelaburan. Sukar didapati. Produk dijamin terima oleh Bank Rakyat / Arrahnu xchange. Jaminan wang dikembalikan.
Hubungi saya 010-7985 916.

Wednesday, May 18, 2011

Apakah yang dikatakan sebagai 'Emas sebagai pelaburan' ?



Pelaburan emas yang bijak & sihat.
1.Menyimpan emas fizikal di tangan.
2.Kurangkan risiko gadaian dengan menyimpan pelbagai jenis emas fizikal.(Barang kemas, dinar, jongkong dsb.
3.Beli emas bukan untuk membuat gadaian semata-mata.
4.Membuat gadaian secara berhemah & bertujuan.
5.Jika membuat gadaian, tidak semua emas digadai.
6.Peka terhadap perubahan harga emas.
7.Taktikal gadaian yang betul. (Terhormat)

Monday, April 25, 2011

KEUNTUNGAN MELABUR DALAM JONGKONG PERAK 999.


Salam buat semua. Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang pelaburan jongkong perak (silver bar). Kenaikan harga perak sangat aktif berbanding emas. cuma kelemahan logam ini ialah tidak bolah digadai. walau bagaimana pun, pelabur boleh mendapat keuntungan dengan menjual beberapa kepingan jongkong perak apabila harganya meningkat tinggi. Beli jongkong perak apabila harganya rendah dalam kuantiti yang banyak dalam bentuk ketulan jongkong-jongkong kecil. kemudian jualnya apabila harganya meningkat tinggi.

Harga perak pada Januari 2008 ialah USD 15/oz , Januari 2009 ialah USD 11/oz , Januari 2010 ialah USD 17/oz. Harga permulaan bagi perak januari 2011 ialah USD 38/oz. Kini, harganya sudah mencapai USD46/oz (April 2011).kenaikan hampir USD 10 bagi setiap 1 oz.

Jika anda berminat melabur jongkong perak, hubungi saya di talian 010-7985 916. Saya juga menawarkan pakej simpanan perak dan mengurus pelaburan anda. Senang dan mudah. Jongkong perak anda akan di insurans kan.
Terima kasih.

SENANG & MUDAH : PENGURUS PELABURAN JONGKONG PERAK.


1. Beli jongkong perak minima 2kg.
2. Jongkong perak yang dibeli akan disimpan di safe box dan di insurans kan. (kos ditanggung oleh pelabur).
3. Agen akan menghubungi pelabur berkenaan :
a) jika harga tinggi-memberi cadangan untuk menjual sebahagian kecil jongkong mengikut keuntungan, atau...
b) jika harga rendah-memberi cadangan untuk menambah lagi jongkong perak.
c) Komisen pengurus pelaburan 10% daripada keuntungan bersih pelabur. (Boleh dirunding).